Monday, May 26, 2014

Usrah - Ini Semua Poyo

Harga : RM26.00 (termasuk penghantaran)

Usrah? Apa yang anda fikirkan tentang usrah saat pertama kali mendengar tentangnya. Seram? Untuk orang bajet alim? Untuk orang baik-baik saja? Poyo? Skema? Tidak mengapa anda mempunyai persepsi seperti itu, kerana saya juga pernah mempunyai persepsi yang serupa saat pertama kali mula mendengar perkataan yang begitu asing sekali, USRAH? 
Bagaimana pula jika, anda telah mengikuti usrah tetapi hati masih berasa kosong? Anda telah mengikuti usrah tetapi masih gagal untuk menjaga hati dari perkara yang melalaikan? Anda telah menjadi murabbi tetapi masih sukar mengambul hati mad’u? Buku ini bakal menghidangkan anda tip dan keadah yang efektif untuk diamalkan sebagai seorang murabbi dan mutarabbi yang menyengat dalam jalan dakwah. InsyaAllah

The Great Wife – Aisyah RA


RM 18.50 (termasuk penghantaran)

Dia adalah puteri as-Shidiq teman Muhammad, menjadi pendamping Rasul sepanjang hayat dan sumber rujjukan sekalian umat.
Ikon yang sangat tepat untuk dijadikan teladan bagi setiap wanita yang mencari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dia yang mendambakan cinta Allah dan Rasul melebihi cintanya kepadaa dunia. Kecerdasan  dan keagungannya tidak terlepas daripada pandangan cendekiawan sepanjang zaman. Cinta dan kasih sayangnya mampu menenangkan jiwa Rasul yang kadang terusik dengan cabaran dalam penyebaran risalah Islam.
Wanita yang menjadi kesayangan Nabi SAW di antara isteri-isteri Nabi SAW yang lain, sudah pastinya terselit sesuatu yang istimewa di dalam dirinya. Kata-katanya menjadi petunjuk bagi kebanyakan hukum syariat. Itulah Aisyah r.a: menjadi contoh isteri ideal buat suami, keluarga dan masyarakat, teladan buat mereka yang bergelar isteri.
Melalui The Great Wife: Aisyah r.a. anda akan dibawa menyelusuri kehidupan rumah tangga Rasulullah SAW bersama Aisyah r.a. Wujudkan Aisyah di dalam diri anda dan hidupkan cahaya rumah tangga dengan mawaddah wa rahmah yang membawa ke syurga.

Cara membeli di blog ini

*Bagi anda yang berminat nak membeli barang di blog ini, sila komen di bawah setiap post barang yang nak dibeli .

*Tunggu saya confirm stok dulu baru buat pembayaran.

*Semua harga termasuk penghantaran. 

*Untuk belian borong, sila email saya di ijaibrahim22@gmail.com untuk special price.

*Buat masa ini, semua pembayaran melalui Maybank dan Bank Simpanan Nasional sahaja.

*Untuk keselamatan, saya hanya akan berikan no akaun di email atau wassap sahaja. Harap maklum.

Tafsir Al Quran Per Kata

Harga RM82

Di era yang penuh dengan kemajuan serta memerlukan pemahaman yang padat dan segera, Tafsir Al-Quran Per Kata Resam Othmani Beserta Asbabun Nuzul dalam Bahasa Melayu dipercayai mampu mempermudahkan serta memahami al-Quran, dan amat sesuai digunakan di semua lapisan masyarakat termasuk peringkat persekolahan, majlis ta’lim di surau dan masjid. Dengan demikian, amal yang kita lakukan adalah berlandaskan dengan ilmu yang telah kita fahami. Tafsir ini merupakan transformasi ke atas kitab al-Quran yang lain bertujuan menyemarakkan lagi nilai penyelidikan dan pemahaman ke atas hukum Allah dengan merujuk kepada refrensi yang mu’tabar. Oleh itu kitab ini sangat perlu dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasai kelazatan membaca al-Quran.
Kelebihan Tafsir Quran Per Kata
Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar
Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
Dilengkapi juga dengan terjemahan.
Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang

pm untuk harga borong


Assalamualaikum semua..

Berita baik kepada penggemar-penggemar buku berbentuk islamik. Kini anda boleh mendapatkan pelbagai buku, Al-Quran, komik dan pelbagai jenis bahan bacaan yang akan di update dari masa ke semasa. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjenguk ke blog yang tak seberapa ini. In Shaa Allah saya mengamalkan urus niaga yang jujur. Jika ada masalah, tak faham ke atau first time membeli online, jangan malu or segan-segan. Emailkan saja soalan dan masalah anda di email saya ijaibrahim22@gmail.com. atau wassap sahaja di 0194029930 (wassap shj). Terima Kasih. Wassalam.